Utama Berita Agihan ZAINOL ABIDDIN JANA PENDAPATAN DENGAN MENJUAL SANTAN

ZAINOL ABIDDIN JANA PENDAPATAN DENGAN MENJUAL SANTAN

KUBANG PASU, 29 FEBRUARI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu baru-baru ini berkesempatan menziarahi Zainol Abiddin Yusuff, 60 tahun bagi tujuan menyerahkan bantuan jaya diri berupa petrol generator di Kampung Tradisi Paya Pahlawan Jitra Kedah.

Zainol atau lebih mesra dengan sapaan ‘Bang Non’ telah menjalankan perniagaan makanan seperti membekal dan menjual santan segar di pasar pagi dan pasar malam bersama isteri beliau bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Menurut beliau, dengan bantuan yang diterima ini secara tidak langsung dapat memudahkan kerja serta menambah kuantiti penghasilan santan segar yang dijualnya kerana permintaan orang ramai yang semakin tinggi.

Terdahulu, bantuan tersebut telah diserahkan oleh wakil PZD Kubang Pasu Ustaz Rokhaimi Mat Saad.

Dalam pada itu, Zainol turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada LZNK dan juga pembayar zakat di negeri Kedah kerana membantu beliau bagi mendapatkan bantuan tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.