Utama Berita Agihan 61 BUAH SEKOLAH DAERAH KOTA SETAR TERIMA AGIHAN BEG SEKOLAH

61 BUAH SEKOLAH DAERAH KOTA SETAR TERIMA AGIHAN BEG SEKOLAH

KOTA SETAR, 02 DISEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar baru ini telah menyerahkan Bantuan Beg Sekolah kepada sekolah rendah sekitar Daerah Kota Setar.

Sebanyak 61 buah sekolah dalam Daerah Kota Setar telah menerima bantuan tersebut.
Selain itu setiap sekolah menerima 50 buah Beg Sekolah dan akan diagihkan kepada 50 orang murid asnaf yang terpilih dalam sekolah masing-masing.

Dianggarkan sekitar 3035 orang murid yang terpilih daripada 61 buah sekolah tersebut bakal menerima manfaat daripada bantuan ini.

Pegawai Zakat Daerah, Burhanuddin Bin Hj Ahmad telah bersama 3 orang eksekutif PZDKS yang turut membantu mengagihkan bantuan tersebut.

Menurut wakil Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, LZNK sentiasa prihatin dalam semua aspek yang melibatkan asnaf agar nasib mereka terbela dengan bantuan zakat.

Terdahulu, wakil Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK berkesempatan hadir bagi melaksanakan gimik penyerahan beg sekolah kepada wakil PZDKS sebelum diserahkan kepada wakil pihak sekolah dalam daerah Kota Setar.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.