Utama Berita Bantuan Bantuan Segera Untuk Rahmat Taib

Bantuan Segera Untuk Rahmat Taib

20 Jun 2017 – Malang tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada keluarga Rahmat Taib yang tinggal di Kampung Rambong, Mukim Pulai, daerah Baling.

Lawatan ke rumah beliau diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Tuan Haji Zakaria Othman bersama pengurus LZNK cawangan Baling, Ahmad Mustaqim Zainul Abidin mendapati rumah beliau musnah sama sekali.

…kita (LZNK) tumpang simpati atas apa yang berlaku dan berharap ustaz Rahmat tabah menghadapi dugaan di akhir-akhir bulan Ramadhan ini.

Kebakaran yang berlaku pada hari Isnin, 20 Jun lalu mencatat sejarah hitam kepada mereka sekeluarga apabila kotak suis utama berlaku litar pintas yang mengakibatkan kebakaran besar.

…Alhamdulillah, kesemua 5 orang anak-anak saya dan isteri berjaya selamatkan diri. Yang paling saya sayang, boleh dikatakan semua kitab-kitab hangus terbakar.

Tuan Haji Zakaria turut menyerahkan cek Bencana Alam bernilai RM3,000 sebagai bantuan awal bagi mempersiapkan keluarga ini bagi menghadapi musim perayaan.

…hari ini kita serahkan bantuan zakat bernilai RM3,000 dan insha Allah, kita akan membantu dalam membayar pendahuluan penginapan yang bakal beliau sekeluarga tinggal selepas ini.

Selain cek bantuan Bencana Alam, LZNK turut menyerahkan bantuan makanan segera selain akan menanggung kos penginapan rumah sementara yang dianggarkan selama 3 bulan sebelum perbincangan lanjut bersama jabatan-jabatan kerajaan berkaitan isu rumah beliau.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.