Utama Berita Lawatan Lawatan Mesra CEO Zakat Kedah Ke PUSBA

Lawatan Mesra CEO Zakat Kedah Ke PUSBA

4 Julai 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini membuat lawatan mesra ke Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA).

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Tuan Haji Zakaria bin Othman berkata, lawatan ini merupakan yang pertama sejak dilantik memegang jawatan ini.

…Ini merupakan lawatan yang pertama saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.

Tuan Haji Zakaria merupakan antara individu yang memainkan peranan penting ketika PUSBA mula ditubuhkan pada tahun 1998.

Pengetua PUSBA, Y. Bhg. Ustaz Zamri menerima kunjungan tersebut bersama kesemua kakitangan PUSBA.

…kita (PUSBA) amat mengalu-alukan kedatangan Ketua Pegawai Eskekutif LZNK ke sini kerana beliau mempunyai sejarah yang cukup baik dan rapat de ngan penubuhan PUSBA ini.

PUSBA ditubuhkan pada 8 Mac 1998 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April 1999. Mesyuarat Majlis juga telah melantik Ahli Lembaga Tadbir PUSBA bagi melicinkan perjalanan pentadbiran PUSBA. Setiap tahun, PUSBA menerima bantuan berjumlah RM1juta daripada LZNK sebagai melicinkan lagi urusan pentadbiran PUSBA dalam mengendalikan kelas-kelas pendidikan agama kepada mualaf di negeri Kedah ini.

Dalam lawatan itu, antara agenda utama yang diketengahkan termasuklah perlunya penambahan dan hebahan aktiviti PUSBA kepada masyarakat luar.

…kita tak mahu tengok PUSBA yang memiliki infrastuktut yang luas dan bangunan yang indah ini tidak digunakan sebaik dan se-optimum mungkin kerana ini tentunya suatu pembaziran.

Lawatan yang mengambil masa selama dua jam itu berakhir dengan sesi bergambar.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.