Utama Berita Agihan KEDIAMAN JUSOH TALIB HANGUS TERBAKAR

KEDIAMAN JUSOH TALIB HANGUS TERBAKAR

BALING, 17 FEBRUARI 2018 – keluarga Jusoh Talib kini hanya tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di perkampungan orang asli Kampung Lubuk Legong hangus dijilat api pada lewat malam baru-baru ini.

Pegawai Zakat daerah Baling, ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin berkesempatan turun padang bagi menziarahi mangsa setelah mendapat berita tersebut bersama penolong amil kariah pokok setol cikgu Wahamid bagi melihat dan meninjau sendiri keadaan mangsa.

Walaubagaimanapun, Mangsa Jusoh Talib bersama isteri tetap bersyukur kerana mereka sekeluarga telah selamat daripada musibah tersebut dan sewaktu kejadian mereka tiada di rumah.

Dipandangnya motosikal “Mutu tu la ku dok nek hari-hari gi mutong tengok rini ku tak leh nek dah, likop habih”, ujar jusoh dalam keadaan sebak.

Jusoh hanya bekerja dengan mengambil upah sebagai seorang penoreh getah dengan pendapatan tidak menentu, mereka mempunyai 4 orang anak masih dalam tanggungan dan keluarga ini dipantau oleh jabatan kemajuan orang asli (JAKOA).

Terdahulu, Lembaga Zakat Negeri kedah melalui pegawai zakat daerah Baling telah memberikan sedikit sumbangan berupa wang kecemasan dan kit makanan asas bagi tujuan meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.