Utama Berita Agihan PENGUSAHA KUIH SEJUK BEKU GEMBIRA TERIMA BANTUAN PERNIAGAAN

PENGUSAHA KUIH SEJUK BEKU GEMBIRA TERIMA BANTUAN PERNIAGAAN

PENDANG, 14 OGOS 2018 – Rakyat Malaysia telah terkenal dengan pelbagai jenis makanan samada kuih muih tradisional atau moden. Budaya dan adat resam yang masih diamalkan oleh semua penduduk menyatukan semua rakyat Malaysia dan semua kaum boleh makan makanan dari kaum lain.

Umumnya, nasi lemak, roti canai, kuew teow, laksa baba nyonya, karipap, popia, donut, kuih vadey, kuih bakul, maruku dimakan bersama sama selagi ianya segar, halal dan bersih. Kuih muih dan makanan ini boleh didapati dengan mudah oleh peniaga samada di pasar, gerai makanan, restoren atau mana mana gerai yang menjual makanan.

Namun, bagi para ibu atau suri rumah yang sibuk dan bekerjaya di zaman urbanisasi ini, akan sukar untuk menyediakan makanan atau kuih muih ini dalam masa yang singkat.. Walaupun setiap rumah pasti mempunyai peti ais yang digunakan untuk menyimpan makanan sejuk, tetapi penghasilan produk sejuk beku memerlukan kemahiran dan masa untuk menyediakan pelbagai makanan dan kuih muih tersebut.

Terdahulu, Bahagian Pembangunan Asnaf (BPA) melalui wakilnya, Jamaly Juwardy Jaafar bersama wakil Pejabat Zakat Daerah Pendang telah menyerahkan sebuah peti sejuk beku ‘Freezer 6001 Snow’ yang bernilai RM1,590.00 di bawah skim bantuan jayadiri zakat Kedah kepada Maimunah Ariffin yang telah mengusahakan perniagaan Kuih Simpul Kasih, Muruku dan Kerepek Pisang.

Maimunah Ariffin, 50 tahun yang tinggal di Felda Sungai Tiang, Pendang telah mengusahakan perniagaan beliau selama beberapa tahun lalu demi menyara 4 orang anaknya yang masih bersekolah berikutan suaminya, 60 tahun kini tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan selepas disahkan menghidap strok.

Bantuan ini disalurkan diatas permohonan beliau untuk mendapatkan sebuah peti sejuk beku bagi membolehkan beliau untuk menyimpan bahan mentah bagi penghasilan kuih.

Dalam pada itu, Jamaly berkata, beliau amat berharap agar Maimunah dapat berniaga dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan akan menjadi sebahagian daripada pembayar zakat suatu hari nanti.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.