Utama Berita Agihan KELUARGA 10 BERANAK DISANTUNI ZAKAT KEDAH

KELUARGA 10 BERANAK DISANTUNI ZAKAT KEDAH

KUALA MUDA, 19 FEBRUARI 2020 :-  Hasil aduan dari orang ramai mengenai sebuah keluarga yang tinggal menetap di rumah uzur dan mempunyai anak yang ramai, membuatkan Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda (PZDKM) turun padang bagi menyantuni keluarga tersebut.

Mereka yang menetap di Kampung Qaryah Masjid Taman Intan merupakan penerima bantuan bulanan dari pihak LZNK.

Bantuan bulanan diberikan atas nama ketua keluarganya, Mohd Ikbal Abdullah sejak tahun 2015 sehingga kini.

Mohd Ikbal bekerja sebagai penjual ubat-ubatan tradisional dan mempunyai tanggungan anak seramai lapan orang dimana lima orang darinya masih bersekolah, manakala isterinya tidak bekerja dan bakal melahirkan cahaya mata yang ke sembilan tidak lama lagi.

Selain itu, bapa mentua Mohd Ikbal yang tinggal berdekatan dengan kediaman mereka turut merupakan penerima bantuan bulanan dari pihak LZNK sejak tahun 2007 sehingga kini.

Bapa mentua beliau sudah tidak bekerja dan tinggal berdua bersama isteri. Anak-anak Mohd Ikbal turut menjadi antara penerima Bantuan Pakaian Seragam Sekolah LZNK dimana nama-nama anak tersebut dicalonkan sendiri oleh pihak sekolah.

Hasil tinjauan pihak zakat mendapati keadaan rumah yang didiami adalah uzur dan tidak selamat untuk diduduki. Namun, kediaman tersebut berada di atas tanah rezab dan perkara tersebut menjadi penghalang kepada perlaksanaan Bantuan Baikpulih Rumah dari LZNK.

Pihak LZNK perlu mematuhi peruntukan syarat yang telah ditetapkan bahawa setiap permohonan bantuan untuk baikpulih atau pembinaan rumah individu perlu mempunyai geran pendudukan yang sah.

Selain itu, PZDKM bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Muda dan aktivis masyarakat, Natipah Abu turut bersama bagi membincangkan usaha-usaha bagi membantu keluarga berkenaan supaya meringankan beban mereka sekeluarga.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.