Utama Berita Agihan KELUARGA AFNIZAM DIBANTU ZAKAT KEDAH

KELUARGA AFNIZAM DIBANTU ZAKAT KEDAH

KUALA MUDA, 31 OKTOBER 2018 – Berikutan penularan satu berita mengenai adik beradik yang bekerja di sebuah kedai makan, di dalam Daerah Kuala Muda, pihak Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda sekali lagi telah menziarahi keluarga Afnizam bin Md Zuki yang tinggal di Kampung Titi Mandi Lembu, Jalan Kuala Ketil.

Hasil ziarahan mendapati, Afnizam sudah tidak bekerja akibat daripada masalah kesihatan yang dihidapinya, iaitu kencing manis, darah tinggi serta masalah buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis secara berkala.

Beliau yang tinggal di rumah sewa bersama isteri dan empat orang anaknya yang masih kecil merupakan penerima bantuan bulanan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disamping turut merupakan sebahagian dari penerima bantuan bulanan dari pihak LZNK.

Walaupun kini kos rawatan dialisis yang dijalankan ditanggung oleh pihak SOCSO, tetapi Afnizam perlu membayar kos pengangkutan berjumlah RM120 sebulan untuk membawanya dari kediaman ke pusat dialisis.

Menurut pihak zakat Kuala Muda, lawatan kali kedua ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat terbaru disamping bagi menjalankan siasatan mengkaji semula jumlah bantuan yang sewajarnya diterima oleh Afnizam sekeluarga.

Dalam pada itu, Pihak LZNK mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan masyarakat dalam menyampaikan maklumat kepada pihak LZNK. LZNK sentiasa terbuka dalam menerima aduan dan cadangan dari masyarakat bagi menambahbaik dari aspek kutipan dan memperkasakan agihan zakat. Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat asnaf kepada penolong amil yang telah dilantik didalam setiap qaryah.

 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

 

 

 

 

 

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.