Utama Berita Agihan LZNK RANCANG BUKA KEDAI RUNCIT (ZAKAT MART)

LZNK RANCANG BUKA KEDAI RUNCIT (ZAKAT MART)

ALOR SETAR, 18 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan memperluaskan lagi kedah runcitnya selepas kejayaan projek perintis iaitu pembukaan 10 Zakat Mart dalam kawasan masjid di Baling sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya merancang membuka kedai runcit di bawah pengurusannya sendiri dikenali sebagai Zakat Mart awal tahun depan bagi memberi kemudahan kepada golongan asnaf untuk membeli barangan keperluan asas pada harga rendah.

Menurutnya, LZNK merupakan badan zzakat yang pertama dilaksanakan di negara ini dengan kerjasama Bank Islam.


Syeikh Zakaria turut menyarungkan Apron Jom Zakat kepada peniaga-peniaga di Pasar Besar Alor Setar, semalam 

“Kita berharap menerusi pembukaan Zakat Mart ini, urusan pembelian dengan kaedah tanpa tunai memudahkan golongan asnaf yang menerima bantuan bulanan daripada pihak kami”

“Penerima bantuan akan diberikan kad debit untuk membeli barangan keperluan asas  pada harga lebih murah dari pasaran,” katanya selepas melancarkan Program Sahabat Niaga di Pasar Besar Alor Setar di sini, semalam.

Sebagai simbolik perasmian, Syeikh Zakaria turut menyarungkan Apron Jom Zakat bagi mendekati golongan peniaga supaya mereka membayar zakat dengan kadar taksiran yang betul. Program ini dijalankan sebagai usaha untuk meningkatkan jumlah kutipan zakat yang disasarkan sebanyak RM300 juta sepanjang tahun ini berbanding RM173 juta pada 2017.

Menurutnya, Zakat Mart ini juga turut beroperasi seperti mesin ATM dimana penerima bantuan LZNK boleh mengeluarkan duit bantuan itu secara tunai daripada juruwang.

“Dengan kemudahan ini, sekaligus memudahkan urusan mereka tanpa perlu ke bank di bandar untuk mengeluarkan duit bantuan,” katanya Dalam pada itu, Syeikh Zakaria berkata, LZNK juga merancang untuk meluaskan program pusat agihan makanan ke seluruh 15 daerah di Kedah yang memberi kemudahan kepada golongan susah untuk mendapatkan barangan keperluan asas secara percuma di masjid.

Beliau berkata, sehingga kini hampir 4,000 golongan miskin menerima manfaat daripada pusat agihan makanan ini apabila ia dilaksanakan di tiga daerah iaitu Sik, Padang Terap dan Baling.

“Program yang diperkenalkan awal tahun ini amat membantu mereka yang memerlukan apabila kita memberikan bantuan barangan keperluan asas secara percuma pada kadar harga RM50 melalui jawatankuasa masjid di mana imam akan memilih mereka yang layak.

“Kita sasar untuk luaskannya ke seluruh daerah membabitkan 575 buah masjid sehingga Mac depan dengan tiga kawasan baharu sudah dikenal pasti untuk ditambah bermula November ini iaitu Yan, Pokok Sena dan Langkawi,” katanya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.