Utama Berita Agihan LZNK SALUR BANTUAN RM360,000 BANTU HSB ‘PERANGI’ COVID-19

LZNK SALUR BANTUAN RM360,000 BANTU HSB ‘PERANGI’ COVID-19

ALOR SETAR, 24 MAC 2020 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) meluluskan peruntukan segera berjumlah lebih RM360,000 bagi membantu menambah beberapa kelengkapan dan alatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi ‘memerangi’ pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, antara barangan disumbangkan adalah tiga unit alat bantuan pernafasan berjumlah RM360,000 .

Selain itu katanya, LZNK turut menyediakan 50 pakaian keselamatan buat petugas kesihatan.

“Kami telah menjalankan perbincangan dengan pihak HSB untuk memberi seberapa banyak yang mampu termasuk selipar dan perlatan tambahan bagi kegunaan petugas serta pesakit di hospital tersebut.

“Dalam masa sama kita memberi komitmen kepada HSB bahawa LZNK akan membantu sedaya mungkin dalam usaha menangani COVID-19 ini,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Zakat, dekat sini, hari ini.

Sementara itu Syeikh Zakaria berkata, pihaknya akan mencari kaedah terbaik untuk melancarkan lagi urusan pengagihan bantuan kepada mereka yang terputus bekalan makanan berikutan penutupan masjid ketika ini.


Syeikh Zakaria menunjukkan replika check yang disalurkan kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

“Ada dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid yang menyatakan kebimbangan terhadap keperluan untuk mereka berdepan orang ramai dalam situasi ketika ini. Justeru kami akan mengadakan perbincangan bersama pihak keselamaan bagi mencari kaedah sesuai untuk melakukan pengagihan secara selamat,” katanya.

Di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, sebanyak 57,600 kampit beras dan 172,800 tin sardin disediakan LZNK sebagai bekalan tambahan kepada food bank di 576, seluruh negeri Kedah.

Sebanyak RM1.2 juta dibelanjakan untuk tujuan itu dengan setiap masjid akan menerima 100 kampit beras dan 300 tin masjid yang bakal memberi manfaat kepada 74,880 keluarga terputus bekalan makanan.


Syeikh Zakaria sewaktu sidang media yang berlangsung di Bilik Gerakan Khas Covdi19 Menara Zakat

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.