Utama Berita Agihan MUHAMMAD RAIHAN DERITA SAKIT KEPALA

MUHAMMAD RAIHAN DERITA SAKIT KEPALA

BALING, 4 SEPTEMBER 2018 – Muhammad Raihan Muazzim, 18 tahun yang menderita sakit di bahagian kepala yang terlantar hampir 2 tahun yang lalu telah diziarahi Pegawai Zakat Daerah Baling Ustaz Ahmad Mustakim Zainul Abidin.

Raihan yang merupakan cahaya mata kedua daripada empat adik beradik hasil perkongsian hidup Mohamad Nasir Daie dan Noor Liza Abd Rahman dari Kampung Charok Sik, Mukim Pulai, Baling Kedah. Mohamad Nasir yang merupakan seorang penoreh getah dan isteri hanya pembantu di kedai makan di Kampung tersebut tidak mampu untuk menampung kos perubatan seharian untuk anaknya itu.

Menurut Mohamad Nasir, anak beliau mengadu selalu sakit kepala dan pada peringkat awalnya disahkan hanya Migrain. Sungguhpun begitu, ubat yang dibekalkan tidak dapat menyembuhkan sakit kepala sehinggalah dibawa untuk melakukan ujian saringan di kepala anak beliau dan hasil ujian disahkan mengandungi darah beku akibat pembuluh darah yang pecah.

Menurut beliau lagi, Raihan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan telah ditebuk kepala sebanyak 13 kali sepanjang 6 bulan terlantar di HSB.

Rentetan daripada kisah yang menyentuh hati tersebut, hari ini Pejabat Zakat Daerah Baling melalui pegawainya Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin menziarahi adik raihan sekeluarga.

Menurut Mustakim mereka telah menerima bantuan rawatan sekaligus daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) pada awal tahun yang lalu, dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tambah beliau lagi, pihak Lembaga Zakat akan mempertimbangkan bantuan kepada Mohamad Nasir memandangkan susu dan pampers anak beliau mencecah hampir RM 1,300 sebulan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.