Utama Berita Agihan SUSULAN ISU TULAR WANITA TERLANTAR HILANG INGATAN

SUSULAN ISU TULAR WANITA TERLANTAR HILANG INGATAN

ALOR SETAR, 17 FEBRUARI 2020 – Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah mengucapkan jutaan terima kasih di atas perhatian masyarakat awam terhadap isu tular yang berlaku seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Online pada 13 Februari 2020.

Untuk makluman semua, penentuan sama ada seseorang itu termasuk dalam kategori asnaf fakir atau miskin di Lembaga Zakat Negeri Kedah adalah berasaskan kepada kiraan had kifayah sesebuah isi keluarga.

Kiraan had kifayah secara umumnya bermaksud had garis kemampuan seseorang yang merangkumi jumlah pendapatan dan dibandingkan dengan keperluan dan tanggungan isi keluarga tersebut. Jumlah bantuan akan disalurkan mengikut kadar perbezaan kekurangan pendapatan atas keperluan mereka yang memohon.

Dalam isu ini, pemohon seorang OKU yang bernama Nuratiqah binti Mohamad Shafri. Sebelum bantuan zakat LZNK dihentikan pada bulan Oktober 2019, hasil siasatan LZNK mendapati ibunya merupakan seorang suri rumah yang menerima pencen ilat PERKESO arwah bapanya yang telah meninggal dunia sebanyak RM900 sebulan. Pemohon juga merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) sebanyak RM100 sebulan dan Bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan (pada bulan September 2019).

Selepas kematian arwah ayahnya, ibu pemohon telah berkahwin lain dengan seorang lelaki yang bekerja di sebuah agensi kerajaan dengan pendapatan sebanyak RM2593.88 sebulan ketika itu.

Oleh itu, jumlah pendapatan isi keluarga pemohon adalah sebanyak RM3943.88 dan jika ditambah dengan bantuan zakat RM600 sebelum ini, jumlah keseluruhan pendapatan isi rumah adalah sebanyak RM4543.88 sebulan bagi jumlah tanggungan isi rumah untuk seorang isteri, dua orang anak yang sedang belajar dan seorang anak OKU di rumah terbabit.

Berdasarkan laporan Berita Harian, kini ibu pemohon juga telah bekerja sebagai pembantu am dengan pendapatan RM1000 sebulan.

Oleh itu, berdasarkan sistem had kifayah, jumlah pendapatan isi rumah pemohon di dalam siasatan LZNK telah pun melebihi keperluan mereka. Atas penilaian tersebut, bantuan zakat kepada pemohon telah dihentikan berdasarkan data siasatan pada ketika itu.

Walaubagaimana pun, pihak LZNK sentiasa terbuka pada bila-bila masa untuk membuat siasatan semula hasil daripada laporan orang ramai dan sekiranya pemohon tergolong semula dalam kategori asnaf yang layak, pihak LZNK sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan yang sewajarnya.

Untuk makluman semua, jumlah penerima bagi Skim Bantuan Kewangan Bulanan sahaja di negeri Kedah sehingga hari ini adalah seramai 14,908 orang yang memerlukan dana agihan wang zakat secara tunai sebanyak lebih kurang RM4 Juta sebulan. Skim ini merupakan salah satu skim daripada puluhan skim lain yang terdapat di LZNK seperti bantuan bina dan baikpulih rumah, bantuan pendidikan, muallaf dll yang memerlukan pengagihan dengan dana zakat yang terhad.

Oleh itu, pihak LZNK perlu memastikan setiap agihan yang dibuat adalah tepat berasaskan kepada data dan siasatan yang dibuat supaya bantuan dapat disalurkan kepada lebih ramai pemohon yang benar-benar layak dan dikategorikan sebagai asnaf.

Pihak LZNK mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan semua pihak dalam isu ini dan sentiasa mengalu-alukan cadangan/laporan dari semua pihak bagi memastikan golongan asnaf di negeri Kedah secara keseluruhannya mendapat manfaat secara bersama.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.