SOALAN LAZIM (FAQs)
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

Apa inisiatif/usaha yang Zakat Kedah lakukan bagi membantu menangani penularan wabak COVID-19 ini?

KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, telah memperkenankan agar Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyediakan peruntukan untuk agihan khas lebih RM7 juta bagi tujuan agihan segera dan persediaan menghadapi sebarang kemungkinan COVID-19. Antaranya ialah membuat tambahan bekalan makanan di semua Pusat Bekalan Makanan Fakir Miskin Zakat Kedah.

Selain itu, pihak LZNK juga telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM360,000.00 untuk membeli 3 unit mesin bantuan pernafasan (ventilator) bagi tujuan penempatan mangsa COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan juga wad biasa Hospital Sultanah Bahiyah. Pihak LZNK juga dari semasa ke semasa akan membantu menyediakan peralatan lain bagi tujuan menghadapi COVID-19, antaranya membekalkan keperluan yang mendesak seperti pakaian keselamatan petugas kesihatan (Personal Protective Equipment) dan makanan tambahan kesihatan (supplement) seperti vitamin dan ubatubatan yang bersesuaian yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adakah sebarang bantuan untuk peniaga-peniaga kecil, nelayan, petani atau mana-mana golongan yang terjejas pendapatan dalam tempoh PKP ini?

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Kedah telah menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM10 Juta kepada golongan yang terjejas seperti peniaga dan penjaja kecil, pekerja harian, peniaga persendirian, pemandu teksi, pemandu bot, pemandu pelancong (tour guide) dan seumpamanya.

Adakah stok bekalan makanan di Pusat Bekalan Makanan Fakir Miskin (Food Bank Zakat Kedah) akan ditambah dalam tempoh PKP?

Ya, Zakat Kedah sedang dalam proses menambah stok bekalan makanan sebanyak 57,600 kampit beras dan 172,800 tin sardin kepada semua Pusat Bekalan Makanan Fakir dan Miskin di seluruh negeri Kedah. Ini adalah tambahan kepada 17,280 set yang sedia ada dan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 74,880 buah keluarga.

Berapakah jumlah keseluruhan Food Bank Zakat Kedah di seluruh negeri Kedah?

Pusat Bekalan Makanan Fakir Miskin (Food Bank Zakat Kedah) telah ditubuhkan di semua masjid seluruh negeri Kedah berjumlah 576 buah masjid.

Bagaimana masyarakat setempat boleh mendapatkan bantuan makanan Food Bank Zakat Kedah ini?

Masyarakat setempat hanya perlu menghubungi Penolong Amil yang dilantik di kariah masing-masing bagi mendapatkan bekalan makanan ini sekiranya terputus bekalan.

Siapakah yang layak memohon bantuan makanan ini?

Semua rakyat Kedah yang beragama Islam dan telah terputus bekalan makanan dan tiada kemampuan membeli makanan layak untuk memohon bantuan makanan dari Penolong Amil kariah masing-masing.

Adakah masyarakat Bukan Islam juga boleh memohon bekalan makanan ini?

Untuk masyarakat Bukan Islam, Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM3.6 Juta untuk menyediakan keperluan asas yang boleh dipohon di semua Pusat Khidmat Dun masing-masing.

Apakah maklumat yang perlu dibawa untuk mendapatkan bekalan makanan?

Pemohon hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja ketika bertemu dengan Penolong Amil kariah.

Dimanakah masyarakat awam boleh mendapatkan maklumat semasa tentang jumlah kutipan dan agihan Zakat Kedah?

Masyarakat awam boleh mengetahui dengan telus jumlah kutipan dan agihan semasa Zakat Kedah secara real-time melalui sistem aplikasi Zakat On Touch (ZOT). Sistem ini boleh dimuat turun oleh semua melalui platform android atau ios masing-masing atau boleh layari di http://bit.ly/zotkdh.

Bagaimana saya ingin membuat pembayaran zakat dalam tempoh PKP ini dijalankan?

Tuan/Puan boleh membuat bayaran zakat secara atas talian melalui laman web https://jom.zakatkedah.com.my

Apakah nombor talian yang boleh dirujuk dalam tempoh PKP ini sekiranya ada pertanyaan lanjut?

Sebarang pertanyaan dalam tempoh PKP ini, anda boleh merujuk Pejabat Zakat Daerah masingmasing di talian yang disediakan seperti berikut:

  • Kota Setar : 019-573 9155
  • Pendang : 019-412 3155
  • Kubang Pasu : 019-496 7255
  • Pokok Sena : 019-518 6155
  • Padang Terap : 019-517 2155
  • Kuala Muda : 019-412 2155
  • Baling : 013-452 9155
  • Sik : 019-410 4255
  • Yan : 019-480 4155
  • Kulim : 019-573 2155
  • Bandar Baharu : 019-473 8255
  • Langkawi : 019-475 3155
  • Top
    en_USEnglish
    en_USEnglish