35 C
Alor Star
Tuesday, March 19, 2024

Latihan & Kemahiran Untuk Anak-Anak Asnaf

header kecik_aku
header kecik_omar

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyahut saranan Perdana Menteri Malaysia ke-7 dalam memacu Malaysia menjadi negara maju melalui Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) dengan kerjasama pelbagai agensi.

Pelbagai usaha dan initiatif telah dirangka dalam membantu meningkatkan ekonomi umat Islam khususnya golongan asnaf di negeri Kedah ini.

Ramai anak-anak asnaf telah berjaya dalam bidang pekerjaan mereka melalui jalinan kerjasama antara LZNk dan agensi-agensi yang terlibat.

Latihan yang ditawarkan kepada anak-anak asnaf Negeri Kedah dibimbing dan dipantau secara professional bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dan mampu untuk mengeluarkan keluarga mereka daripada kepumpong asnaf.

Peserta-peserta yang terpilih semestinya daripada anak-anak daripada keluarga penerima bantuan bulanan LZNK.

Rekod terbaru yang diperolehi hasil kerjasama LZNK dan agensi-agensi luar turut mendapati ada dikalangan anak-anak ini berjaya meraih pendapatan sehingga RM5 ribu sebulan walaupun mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekaligus menjadi pembayar zakat tegar kepada LZNK.

Selain itu, pelbagai latihan dan tawaran kerjaya turut dihasilkan melalui jalinan kerjasama LZNK dengan beberapa agensi swasta.

Semua ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mereaslisasikan kemiskinan mampu dihindari melalui pendidikan yang sempurna dan usaha yang berterusan selain disiplin yang tinggi dan doa kepada Allah S.W.T.

Latihan_1
Latihan_3
Latihan_2

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.