Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Dato’ Syeikh Haji Zakaria Bin Othman, DSDK., AMK. Ketua Pegawai Eksekutif

"Kami terus membantu asnaf di negeri Kedah ini dengan sebaik mungkin

Saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat yang setia membayar zakat kepada kami di LZNK ini.

 

Ramai yang ragu-ragu dengan agihan wang zakat yang telah dikeluarkan oleh para pembayar zakat sekalian.

 

Jaminan kami, pemantapan agihan akan terus berlaku dan sedang dijalankan oleh kesemua warga kerja LZNK sama ada di peringkat Ibu Pejabat mahupun di cawangan.

 

Ketelusan kami dalam mengagihkan wang zakat ini diaudit bagi memastikan perjalanan pentadbiran zakat diiktiraf. Buktinya, LZNK telah bertahun-tahun menerima Sijil Bersih daripada Jabatan Audit Negara melalui Jabatan Audit Negeri Kedah.

 

Ini jelas menunjukkan bukti LZNK ditadbir seiring dengan wawasan dan matlamat penubuhannya sejak zaman berzaman.

 

Kepada warga kerja LZNK, teruslah bekerja dengan bersungguh dan niatkan dihati untuk terus membantu dan menyantuni asnaf kerana Allah S.W.T melihat apa yang kita kerjakan.

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN PADA TAHUN 2025

SILA KLIK DI SINI