30 C
Alor Star
Tuesday, March 19, 2024
menara_zakat_01

2015

Kini, usaha untuk terus mengukuhkan institusi zakat Kedah melalui penambahbaikan undang-undang zakat terus dititikberatkan oleh Jawatankuasa Zakat Kedah bagi memastikan satu undang-undang lengkap yang bukan sahaja merangkumi zakat padi, malah zakat harta yang lain turut diwujudkan. Usaha berterusan ini akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun 2015, enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) diperkenalkan menggantikan enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK). Enakmen ini sekaligus menyaksikan pengurusan LZNK terus unggul seterusnya memastikan lebih ramai asnaf diluar sana dibela.

1984

Kemudian pada tahun 1984-1997, pihak ulil amri telah melantik Dato’ Syeikh Mahmood Naim sebagai Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Beliau kemudiannya telah meluaskan pembayaran zakat harta ini kepada semua bidang harta yang wajib zakat, iaitu mulanya zakat padi telah berpindah kepada zakat harta (zakat pendapatan) yang lain termasuk dalam hasil usaha yang halal yang diusahakan oleh satu-satu individu. Alhamdulillah, hasilnya prestasi kutipan zakat terus meningkat saban tahun.

1955

Orang ramai telah mengadu kepada Syeikhul Islam Negeri Kedah Syeikh Wan Sulaiman Bin Wan Sidek (1874-1935) pada masa itu berhubung dengan pemberian zakat yang tidak sempurna serta tidak sampai kepada asnaf yang memerlukan.

Justeru, Syeikhul Islam telah mengemukakan masalah ini kepada Pemangku Raja pada ketika itu DYTM Tengku Mahmud Ibnu Sultan Ahmad Tajudin (1876-1973).

Maka, ketika ditanya oleh Pemangku Raja bagaimana sepatutnya dijalankan kutipan zakat ini maka dijawab oleh Syeikhul Islam “hendaklah zakat ini kembali kepada tanggungjawab asal iaitu zakat ditunaikan kepada ulil amri dalam satu-satu tempat”. Ianya telah dipersetujui oleh Pemangku Raja lalu menitahkan kepada orang ramai supaya menyerahkan zakat kepada amil-amil yang dilantik oleh ulil amri.

Pada permulaan perintah ini dilaksanakan, zakat dikeluarkan mengikut kehendak petani iaitu berapa bahagian daripada 8 asnaf itu hendak diberikan kepada amil. Kemudian sampai satu ketika diwujudkan satu undang-undang 4/8 daripada hasil zakat hendaklah diserahkan kepada amil yang dilantik manakala 4/8 lagi tepulang kepada pembayar untuk diberikan kepada orang-orang yang dipilih setempatnya.

Pada tahun 1955 wujudlah undang-undang zakat (enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman) iaitu zakat padi hendaklah dibayar 100% atau 8/8 kepada amil yang dilantik, jadi berjalanlah kutipan zakat ini begitu lama iaitu hanya zakat padi.

1935

Tarikh penubuhan Zakat Kedah berdasarkan tarikh Notis Memberi Nasihat Ketentuan Yang Bersangkutan dengan perkara zakat adalah pada 19 Jamadil Akhir 1355 bersamaan dengan 5 September 1936.

Notis tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Syeikhul Islam melalui Majmaul Syeikhul Islam yang dianggotai oleh Haji Ismail B Hj Mohd Saleh, Haji Yaakob Bin Hj Ahmad dan Haji Abdul Ghani B Hj Awang.

Majmaul Syeikhul Islam ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1936 bagi menggantikan jawatan Syeikhul Islam yang bermula daripada tahun 1901.

Hebahan berkaitan dengan hal ehwal zakat adalah antara perkara utama yang diberi tumpuan oleh Majmaul Syeikhul Islam (sebahagian rujukan menyebut Majma’ Masyikhatil Islam) adalah perkara berkaitan dengan pengurusan zakat.

Perhimpunan Riyal Zakat dan Sedekah Orang-orang Islam di Negeri Kedah juga mencatatkan tahun 1355 H bersamaan 1936 M sebagai tarikh mula sebaran zakat secara rasmi dibuat kepada rakyat Negeri Kedah.

Dipercayai terdapat tarikh yang lebih awal, tetapi catatan rasmi berkaitan penubuhan sebuah komiti melalui undang-undang pentadbiran adalah bertarikh 1355H bersamaan 1936M.

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.