FAQ

SOALAN LAZIM (FAQs)

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

Tuan/Puan boleh membuat bayaran zakat secara atas talian melalui laman web https://jom.zakatkedah.com.my/

Hutang yang diberikan tidak boleh diniatkan sebagai zakat dengan cara menghalalkan hutang tersebut. Hal ini kerana, ibadah zakat dan bayaran hutang merupakan dua perkara wajib yang berbeza.

Setelah meneliti beberapa pandangan di dalam menentukan kaedah taksiran bagi zakat wang simpanan, pihak LZNK mencadangkan untuk zakat wang simpanan ditaksir melalui baki terakhir di dalam penyata akaun yang melebihi nisab dan cukup tempoh haulnya (setahun)

Pusat Bekalan Makanan Fakir Miskin (Food Bank Zakat Kedah) telah ditubuhkan di semua masjid seluruh negeri Kedah berjumlah 576 buah masjid.

Pemohon hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja ketika bertemu dengan Penolong Amil kariah.

Masyarakat awam boleh mengetahui dengan telus jumlah kutipan dan agihan semasa Zakat Kedah secara real-time melalui sistem aplikasi Zakat On Touch (ZOT). Sistem ini boleh dimuat turun oleh semua melalui platform android atau ios masing-masing atau boleh layari di http://bit.ly/zotkdh.

Sebarang pertanyaan dalam tempoh PKP ini, anda boleh merujuk Pejabat Zakat Daerah masingmasing di talian yang disediakan seperti berikut:

  • Kota Setar : 019-573 9155
  • Pendang : 019-412 3155
  • Kubang Pasu : 019-496 7255
  • Pokok Sena : 019-518 6155
  • Padang Terap : 019-517 2155
  • Kuala Muda : 019-412 2155
  • Baling : 013-452 9155
  • Sik : 019-410 4255
  • Yan : 019-480 4155
  • Kulim : 019-573 2155
  • Bandar Baharu : 019-473 8255
  • Langkawi : 019-475 3155