FREEMARKET@ZAKATKEDAH

Program FreeMarker@ZakatKedah mula diadakan pada tahun 2016 selepas trend memberi pakaian terpakai kepada orang ramai mencuri perhatian pelbagai pihak, sekaligus menjadi fenomena pada tahun tersebut.

Sedar akan keperluan ke arah itu, Jab. Komunikasi Korporat telah bersetuju untuk mengambil manfaat daripada fenomena ini dan akhirnya, program FreeMarkert@ZakatKedah ini mula diadakan.

Kejayaan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pemberi barangan serta pakaian dan penerima yang hadir pada program pertama ini diadakan di perkarangan parkir Menara Zakat, Alor Setar telah mendapat perhatian yang sangat meluas termasuklah pihak media tempatan.

Pengurus Besar Jab. Komunikasi Korporat LZNK, Mohd Sani bin Harun berkata, program ini telah berjaya mencapai sasaran utamanya iaitu membantu golongan asnaf yang tidak berkemampuan membeli pakaian baru dan barangan baru.

..ada pihak yang memberikan banyak pakaian baru serta barangan yang masih elok untuk kami agihkan kepada orang ramai.

Program ini turut mendapat tempat di hati orang ramai apabila pihak LZNK dihujani dengan panggilan bertalu-talu berkenaan program ini.

Semoga program ini terus memberikan manfaat kepada semua orang, terutamanya kepada golongan yang memerlukannya.

 

fdsff23ghfdh