Falsafah PMZK
Mewujudkan pelajar yang penuh keilmuan dengan ketaqwaan serta memiliki sahsiah yang unggul serta berprofesionalisme.
VISI PMZK
Melahirkan tokoh yang benar-benar berwibawa dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai bidang ilmu agama.
MISI PMZK
Menjadikan pendidikan pondok terbaik di Negeri Kedah yang mampu melahirkan golongan cendiakawan Islam yang menguasasi pelbagai disiplin ilmu dan pendidikan yang bersepadu sebagai pelapis kepimpinan di masa akan datang.
Penubuhan PMZK memfokuskan kepada objektif seperti berikut:
- Melahirkan ulama’ rabbani yang pakar dalam bidang agama dan kehidupan.
- Mengisi kepakaran Islam dalam pelbagai disiplin ilmu seperti syariah, akidah, akhlak (tasawuf) dan lain-lain.
- Melahirkan alim yang faqeeh menerusi pengajian kitab-kitab turath serta mampu menyampaikannya kepada ummah.
- Membangunkan pelajar yang mampu berdikari dan berkompetensi tinggi dalam pelbagai bidang.
- Melahirkankan daie yang menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
- Membentuk keperibadian yang unggul dan bersedia berkhidmat untuk ummah apa jua keadaan dan masa.
- Sebagai barisan pelapis kepada Ashab Al-Samahah Mufti, hakim syarie dan juga pakar rujuk di Malaysia dan negeri-negeri amnya.
MOTTO PMZK
“Melahirkan Ulama’ Rabbaniah yang berkepimpinan untuk Ummah Sejagat”
KEISTIMEWAAN PMZK
- Pondok Moden pertama di Negeri Kedah
- Pembiayaan keseluruhan pengajian bagi anak-anak asnaf yang layak adalah ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.
- Menggunakan 4 kurikulum utama iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Turath Arabi, Turath Jawi dan Hafazan Al-Quran.
- Modul mengilap potensi dan membina jatidiri yang unggul.
- Tenaga Pengajar Bahasa Arab dari luar Negara
- Penekanan penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
- Perlaksanaan jadual bermula jam 5.00 pagi hingga 10.00 malam.
SYARAT MINIMA DAN KELAYAKAN ASAS KEMASUKAN KE PMZK
- Lelaki, warganegara Malaysia (pelajar, ibu bapa, penjaga mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia), atau
- Bermastautin di Kedah tidak kurang dari (1) tahun & masih menetap di Kedah dan
- Berumur 16 tahun pada tahun pengajian Tingkatan 4, dan
- Pencapaian sekurang-kurangnya 6A dalam PT3 2017 (gred A dalam Syariah,Usuluddin dan Bahasa Arab), atau
- Menghafaz 15 juzuk al-Quran, dan
- Berminat dalam pengajian Turath ‘Arab dan Turath Jawi
- Aktif kegiatan ko-kurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
- Pemohon yang layak akan dipanggil temu duga
- Lulus ujian temu duga lisan dan bertulis
PEPERIKSAAAN UTAMA
● Tahun 2 : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
● Tahun 3 : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
● Tahun 4 : Syahadah Nihaiyah, Pondok Moden Zakat
KURIKULUM
● Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
● Pengajian Kitab Turath (Arab & Jawi)
● Pengajian al-Quran (Hafazan)
KITAB PENGAJIAN :-
1. TURATH ARABI
- Al-Hikam Wa Al-Amthal
- Al-Insya’ Wa Al-Imla’
- Durus Al-Lughah Al-Arabiyah
- Matan Al-Jurumiyah
- Matan Al-Bina’
- Al-Baith Al-Hasis
- Mulakhos Qawaid Al-Lughoh Al-Arabiyah
- Al-Waraqat
- Tafsir Jalalain
- Matan Abi Suja’
- Mukhtasor Ibn Abi Jamrah
- Nuzhah Al-Nazor
- Aqidah Al-Nawwam
- Manzumah Baiquniah
2. TURATH JAWI
- Matan Al-Arbaiin Al-Nawawiyah
- Hidayah Al-Salikin
- Bidayatul Hidayah (Akhlak)
- Ayyuhal Walad
- Tuhfah Al-Sibyan
- Bidayatul Hidayah (Tauhid)
- Riyadhussolihin
- Tanbih Al-Ghafillin
- Muniyatul Musholi
KOKURIKULUM
● Aktiviti Persatuan Pelajar ● Dakwah Tadbiqi (lapangan) ● Asas-asas Ilmu kemahiran
● Khidmat Masyarakat ● Pengucapan Awam
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Kemasukan PMZK Klik Sini
HUBUNGI
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :