30 C
Alor Star
Thursday, June 20, 2024

Usahawan Bimbingan Lembaga Zakat Negeri Kedah

header kecik_aku
header kecik_jj

Bagi merancakkan lagi ekonomi asnaf negeri Kedah ini, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah merancang dan mentransformasikan pelbagai kaedah yang mampu meningkatkan pendapatan mereka.

Latihan dan binbingan keusahawan, program-program berbentuk perniagaan dan kaedah dan selok-belok perniagaan dan pengiklanan turut diberikan sebagai inisiatif Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam memastikan golongan ini tidak dibiarkan begitu sahaja.

Kursusperekodan micro kewangan, kursus dan teknik pengiklanan, keusahawanan selain kerjasama antara pelbagai agensi dilihat mampu merapatkan jurang golongan ini sekaligus memacu mereka untuk terus dikenali dengan produk dan jenama mereka sendiri.

Terbaru, seorang usahawan bimbingan Lembaga Zakat Negeri Kedah, Encik Abdul Malek bin Zakaria telah dipilih untuk menerima Anugerah Ikon Asnaf kebangsaan Usahawan (Khas) sempena Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan dan Ijtima’ Penggerak Zakat Kebangssan 2019 anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar).

Ini membuktikan usahawan bimbingan Lembaga Zakat Negeri Kedah mampu bersaing dengan usahawan di luar sana asalkan mereka bercita-cita tinggi, berusaha dan yakin dengan apa yang dilaksanakan oleh mereka.

Usahawan_2
Usahawan_1
Picture1

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.