Zakat Perniagaan

Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan merupakan satu jenis zakat harta yang wajib dikeluarkan oleh peniaga-peniaga yang beragama Islam sahaja. Zakat yang dikeluarkan adalah daripada hasil perniagaan dan dikenakan ke atas semua bentuk perniagaan sama ada persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi, perniagaan saham dan sebagainya.

Cara Kira Zakat Perniagaan

Secara asasnya, cara pengiraan zakat perniagaan dilakukan melalui tiga kaedah yang berbeza mengikut jenis perniagaan. Berikut merupakan tiga kaedah untuk panduan anda:

Modal Kerja

 

[Aset Semasa – Liabiliti Semasa] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus

 

Kebiasaannya, digunakan oleh syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.

 
Modal Berkembang

 

[Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus

 

Sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang tidak ada pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.

 
Untung Rugi

 

[Hasil/Jualan/Perolehan – Belanja/Kos yang Ditanggung] x 2.5 peratus

 

Sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tidak ada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit. Contohnya adalah seperti pasar tani, pasar malam, restoran, dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN PADA TAHUN 2025

SILA KLIK DI SINI