31 C
Alor Star
Thursday, May 25, 2023

Dalam memastikan matlamat dan fungsi penubuhan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berada pada landasan yang betul, visi dan misi LZNK menjadi panduan supaya pentadbiran kutipan dan agihan zakat terus berkembang dengan pesat sekaligus membantu asnaf di negeri Kedah ini untuk keluar daripada kepumpung kemiskinan.

  • Visi

    Menjadi sebuah agensi kewangan sosial Islam bertaraf dunia.





  • Misi

    Meningkatkan pengurusan kewangan sosial Islam dengan cekap dan berintegriti bagi menaik taraf sosio-ekonomi umat Islam.

  • Dasar Kualiti

    Lembaga Zakat Negeri Kedah bertekad memberikan perkhidmatan berkualiti dan bertaraf dunia yang menyeluruh dan berterusan bagi urusan kutipan dan agihan zakat berlandaskan hukum syarak bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

  • Slogan

    Asnaf Disantuni, Pembayar Diberkati.