30 C
Alor Star
Tuesday, March 19, 2024

Sejarah Awal Penubuhan Pusat Jahitan

header kecik_aku
header kecik_jj
carta

Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Zakat pada 1 Ogos 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan Bengkel Jahitan Asnaf dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Jahitan Ansaf di Aras Bawah, Menara Zakat, Alor Setar, Kedah.

Di awal penubuhannya, Bengkel Jahitan ini mempunyai 10 orang pelajar terdiri daripada kalangan asnaf yang di pilih sendiri menerusi proses temuduga. Mereka yang terpilih akan diajar oleh seorang tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.

Bermula dengan 10 unit mesin jahit lurus, 2 mesin jahit tepi,1 mesin jahit tepi halus dan 1 mesin jahit butang, para pelajar diberi latihan secara praktikal selama 3 bulan dan diberikan elaun sebanyak RM 450.00 sebulan.

2014

(April) Pembukaan cawangan baru Pusat Kemahiran Jahitan di daerah Kuala Muda.

Penambahan sebanyak 18 unit mesin jahit tepi.

Seramai 17 orang peserta Pusat Kemahiran Jahitan daerah Kuala Muda diambil berkerja.

2019

Permintaan yang tinggi menyebabkan ruangan sedia ada tidak mampu untuk menampung keperluan tersebut.

Pusat Kemahiran Jahitan daerah Kota Setar yang bertempat di Aras Bawah, Menara Zakat dipindahkan ke Kompleks Pembangunan Asnaf (dahulunya dikenali sebagai Insaniah).

Sehingga kini, Pusat Kemahiran Jahitan ini telah dilawati oleh pelbagai agensi-agensi kerajaan mahupun swasta bahkan menjadi penanda-aras bagi negara-negara luar seperti Ghana, Uganda bahkan negara jiran, Indonesia.

news_jahitan1
news_jahitan3
news_jahitan4
news_jahitan2

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.