31 C
Alor Star
Friday, April 26, 2024

Sejarah penubuhan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) bermula apabila satu jawatankuasa bagi menangani gejala murtad dikalangan saudara baru telah membuat resolusi dengan mencadangkan satu pusat khusus diwujudkan bagi memberi pendidikan tentang ajaran Islam kepada saudara baru.

Mesyuarat Majlis telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) pada 8 Mac 1998 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April 1999. Mesyuarat Majlis juga telah melantik Ahli Lembaga Tadbir PUSBA bagi melicinkan perjalanan pentadbiran PUSBA.

Pada tahun 1999 hingga bulan September 2005, operasi pentadbiran PUSBA ditempatkan dibangunan kepunyaan Masjid Sultan Muzaffar Shah dan 2 kuarters bersebelahan Masjid  Sultan Muzaffar Shah telah digunakan untuk dijadikan asrama peserta lelaki dan perempuan, serta satu ruang dijadikan pejabat pentadbiran dan bilik kuliah untuk pengajian.

Kerajaan Negeri Kedah telah memberikan sebidang tanah seluas 1.6 hektar sebagai tapak tetap PUSBA bersebelahan dengan Kem 6 Briged di Sungai Petani. Projek pembinaan bangunan baru PUSBA ini telah bermula pada 21 April 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 14 Mei 2005 dengan kos sebanyak RM3,226,721.70 yang menggunakan peruntukan dari Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada bulan Oktober 2005 pentadbiran PUSBA telah berpindah ke bangunan baru di Lot 2, Mukim Sungai Petani bersebelahan dengan Kem 6 Briged, Jalan Pegawai, Sungai Petani.

Pada tahun  2007, nama Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) telah ditukarkan kepada Pusat Bimbingan Islam (PUSBA). Pada 12 Ogos 2008, Pusat Bimbingan Islam PUSBA dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan telah ditukarkan nama kepada Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Logo yang digunakan adalah logo berkonsepkan“Pucuk Rebung”.

Bangunan baru ini boleh menempatkan 128 peserta dengan disediakan kemudahan-kemudahan yang selengkapnya seperti berikut :-

  1. Surau
  2. Dewan makan
  3. Asrama Lelaki & Perempuan
  4. Bilik warden Lelaki & Perempuan
  5. Bilik perpustakaan
  6. Bilik rekreasi Lelaki & Perempuan
  7. Bilik Kuliah
  8. Bilik Pengetua
  9. Ruang Pentadbiran
  10. Bilik mesyuarat
  11. Bilik kaunseling
  12. Dewan
  13. Padang Badminton
  14. Dan lain-lain
  1. Untuk memberi pendidikan dan kefahaman kepada saudara-saudara baru mengenai asas-asas Islam.
  2. Untuk menyekat dan membendung daripada berlakunya gejala murtad selepas memeluk Islam.
  3. Memelihara kesucian akidah, syariah dan akhlak di kalangan saudara baru.
  4. Meningkatkan kesedaran rasa ukuwwah islamiah di kalangan saudara baru.
  5. Membentuk amalan kehidupan mereka supaya sentiasa berada dalam suasana Islam.
  6. Mengwujudkan pendakwah dari kalangan saudara baru.
  7. Sebagai satu pusat bagi membantu saudara-saudara baru dari aspek kerohanian, kebajikan, keselamatan dan kehidupan beragama Islam.
  1. Menganjur kursus asas kefahaman Islam selama 4 bulan kepada saudara baru dan memberi bimbingan kepada golongan murtad.
  2. Menyebarkan Islam dikalangan bukan Islam dan mengukuhkan kefahaman dan penghayatan Islam dikalangan saudara baru khususnya dan masyarakat Islam amnya
  3. Menawarkan program dan aktiviti mengenai kefahaman Islam kepada sasaran tertentu serta semua yang ingin mengetahui dan mempelajarai  Islam secara lebih mendalam.
  4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada bakal-bakal saudara baru dan saudara baru yang telah memeluk Islam tentang kemantapan, kefahaman dan penghayatan Islam.
  1. Kami menawarkan program dan aktiviti mengenai kefahaman Islam kepada sasaran tertentu khususnya saudara baru dan semua golongan yang ingin mengetahui dan memahami Islam dengan lebih dekat dan mendalam.
  2. Kami komited dalam memberi bimbingan dan nasihat kepada bakal-bakal saudara baru ,yang baru memeluk Islam, kemantapan dan kefahaman serta penghayatan Islam kepada saudara baru yang telah lama memeluk Islam.
  3. Kami sentiasa memastikan kebajikan saudara baru dari sudut sosial, ekonomi dan pendidikan terjamin.
  4. Kami sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada saudara baru dalam menangani dan mengatasi masalah setiap yang dihadapi saudara baru.
  5. Menjalankan kajian dan penyelidikan serta mengenalpasti faktor-faktor penyumbang gejala murtad samada yang berlaku dikalangan saudara baru ataupun orang Islam asal dan mencari kaedah terbaik menangani masalah tersebut.
  6. Melatih dan membimbing saudara baru untuk menjadi kadir-kadir dakwah dalam menyebarkan Islam kepada golongan dan sasaran tertentu.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

Pengetua
Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA),
Jalan Pegawai,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Tel : 04-4258561 / 04-4203563

Fax : 04-4258226

*Kredit MAIK

E-mail : pusba@kedah.gov.my atau maik@kedah.gov.my

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.