24.7 C
Alor Star
Saturday, December 2, 2023

Ketahui nama-nama bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah mengikut sektor:

Rawatan Sekaligus

Syarat:

  1. Pemohon miskin, pendapatan tidak mencukupi dan/atau menerima bantuan yang tidak mencukupi daripada pihak lain
  2. Menghidap penyakit yang memerlukan rawatan secara sekligus atau secara berkala dan menghadapi masalh kewangan untuk menampung kos tersebut

Dokumen yang diperlukan:

  1. Surat pengesahan/laporan perubatan terkini daripada doktor hosiptal kerajaan yang menyatakan pemohon menghidap penyakit yang dimaksudkan
  2. Bagi penyakit kronik, permohonan lengkap hendaklah dikemukakan melalui hospital kerajaan.

Rawatan Bulanan

Rawatan di Klinik Panel

  1. Keistimewaan kepada penerima bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.
  2. Penerima bantuan bulanan akan dibekalkan dengan Kad Rawatan LZNK yang bakal menerima rawatan PERCUMA di klinik panel yang dilantik oleh LZNK.

Bina Rumah Individu

Syarat:

  1. Pemohon miskin, pendapatan tidak mencukupi dan/atau menerima bantuan yang tidak mencukupi daripada pihak lain;
  2. Keadaan rumah yang dapat dikategorikan sebagai tidak selesa dan tidak selamat untuk didiami disebabkan faktor usia, musibah dan seumpamanya dan/atau rumah yang didiami sekarang sama ada menumpang, merempat, menyewa dan lain-lain seumpamanya;

Dokumen yang diperlukan:

  1. Mempunyai geran tanah sendiri;
  2. Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami seperti bukan dikawasan tanah tepi sungai, tanah jerlus atau di kawasan yang membahayakan penghuni rumah;
  3. Mengemukakan permohonan beserta gambar tapak atau keadaan rumah sebelum dibina, salinan geran tanah, salinan dokumen pengenalan isi rumah dan lain-lain dokumen berkaitan.

Baik Pulih Rumah

Syarat:

  1. Pemohon miskin, pendapatan tidak mencukupi dan/atau menerima bantuan yang tidak mencukupi daripada pihak lain;
  2. Keadaan rumah yang uzur dan tidak selamat jika tidak dibaiki segera disebabkan faktor usia, musibah dan seumpamanya.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Mengemukakan permohonan beserta gambar keadaan rumah, salinan dokumen pengenalan isi rumah dan lain-lain dokumen berkaitan.

Musibah Alam

Syarat:

  1. Pemohon miskin

Dokumen yang diperlukan:

  1. Laporan polis tentang kebakaran/bencana;
  2. Salinan dokumen kad pengenalan isi rumah dan lain-lain dokumen seumpamanya.