Amil-amil zakat yang dilantik ini berfungsi sebagai perantaraan antara Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) dan perseorangan/agensi/institusi untuk mengutip zakat untuk diberikan kepada LZNK.
Semua amil-amil LZNK telah dilengkapi dengan kad pintar nama dan nombor rujukan sebagai bukti mereka ini dilantik oleh LZNK.
Kad pintar ini juga berperanan dalam menentukan sama ada seseorang amil itu amil yang sahih dan sah ataupun tidak dengan mengakses ciri keselamatan yang terdapat di kad tersebut.
LZNK mengucapkan terima kasih atas jasa mereka ini.