ALOR SETAR, 01 JANUARI 2020 – Sedar atau tidak sedar kita sudah melangkah ke tahun baharu 2020 dan pastinya memori atau kenangan tahun 2019, sama ada yang indah ataupun tidak, merupakan pengalaman mematangkan kita semua yang boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baharu 2020 ini.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengharapkan dengan kehadiran tahun baharu 2020 ini akan menjadi lebih bermakna sebagai pendorong semangat dan azam baru kepada kita semua untuk terus berusaha dan berusaha demi mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam kehidupan masing-masing yang kita impikan.

Dikesempetan ini juga, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat yang telah menunaikan zakat di Lembaga Zakat Negeri Kedah sepanjang tahun 2019.

Zakat anda memberikan sinar baru kepada mustahik yang memerlukan.

Kita anda boleh ikuti perkembangan terkini operasi kutipan dan agihan Zakat Kedah secara ‘real-time’ melalui sistem aplikasi pintar yang dibangunkan sendiri oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah iaitu, Zakat On Touch (ZOT).

Semoga kehadiran tahun baharu 2020 ini akan memberi makna yang besar kepada kita semua serta memberi kita dorongan untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang diimpikan,
Insya-ALLAH.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”