15 Ogos 2017 – Muzakarah Zakat peringkat kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam, Selangor dengan penyertaan hampir kesemua negeri.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam majlis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Haji Zakaria Othman ketika ditemui menyampaikan ucapan sulung beliau berkata, LZNK berterima kasih kepada penganjur Muzakarah ini atas jemputan sekaligus memberikan ruang dan peluang kepada LZNK untuk berkongsi pengalaman sesama institusi Islam ini.

…ini merupakan pengalaman yang berharga buat saya yang mewakili LZNK. Kita (LZNK) selepas ini akan cuba mengorak langkah kehadapan dalam membantu lebih ramai asnaf di negeri Kedah ini selepas bertukar-tukar pendapat antara Pusat Kutipan dan juga Majlis Agama Islam.

Beliau turut menambah bahawa untuk menjadi sebuah badan yang dibanggakan bukanlah suatu kerja yang mudah dan mengambil masa yang singkat, namun perancangan ke arah itu sudah tersedia buat rakyat Kedah.

Beliau turut menyatakan hasrat LZNK dalam mengambil-alih Kompleks Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Mergong untuk dijadikan One Stop Center untuk asnaf di negeri Kedah.

Pun begitu, perincian dan maklumat lengkap bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan.