KUBANG PASU, 03 SEPTEMBER 2019 – Kemerdekaan Negara Malaysia yang telah dikecapi lebih dari 62 tahun telah menyaksikan perkembangan pesat dari segi sosio ekonomi, politik dan sosio rakyat Malaysia.

Nikmat kemerdekaan ini telah membuka peluang yang amat luas kepada rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, untuk meningkatkan taraf hidup baik dari segi pendidikan, kewangan dan kehidupan.

Baru-baru ini Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengadakan program Konvoi Kembara Merdeka 350 tahun Zakat Kedah.

Program yang bermula seawal pagi itu dimulakan dengan pendaftaran dan sarapan pagi daripada peserta-peserta konvoi yang turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah,Jabatan Kebajikan Masyarakat, Syarikat Korporat, NGO, Kelab Motosikal Y15, serta kakitangan LZNK.

sebelum perlepasan konvoi tersebut para peserta turut diberikan penerangan Taklimat keselamatan dan disusuli dengan bacaan doa agar sepanjang program tersebut berjalan dengan lancar dan mematuhi peraturan keselematan yang telah ditetapkan.

program konvoi ini turut melibatkan 50 buah motosikal (150 CC ke bawah) dengan jarak perjalanan konvoi 56.1 Kilometer meliputi 5 persinggahan iaitu Maahad dini Alor Setar, Pasar pagi Sungai Korok, tempat Sejarah Kota Siputih, Rumah Asnaf di bantuan Zakat Kedah dan berakhir di Masjid Sultan Rijaludin Kampung Naga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”