PADANG TERAP, 08 OGOS 2018 – Sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang merupakan satu permulaan amat baik dalam usaha menyuntik dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Menurut wakil Pejabat Zakat Daerah Padang Terap, program berkenaan juga dapat diselami masyarakat bagi menzahirkan kesyukuran, kegembiraan dan kasih sayang terhadap nikmat kemerdekaan di bumi Malaysia.

Selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan ke- 62 tahun iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’, beliau turut mengajak rakyat pelbagai kaum supaya terus hidup bersatu hati demi memartabatkan negara Malaysia.

Terdahulu telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Konvoi Kembara Merdeka Peringkat Daerah Padang bagi tahun 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad..

Majlis yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Fathullah Suhaimi Ismail AMK., AMN., BCK. turut diserikan lagi dengan pelbagai persembahan selingan daripada pelajar sekolah tersebut.

Turut hadir sama, wakil Jabatan kerajaan dan badan berkanun serta peserta-peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf