9 Disember 2016 РBersempena Hari Bertemu Pelanggan (HBP) anjuran Pejabat Daerah Pendang, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut mengambil bahagian dalam mengadakan pameran bagi memudahkan ornag ramai merungkai isu-isu berkaitan zakat.

Pegawai Jabatan Dakwah dan Agihan LZNK, Mohd Fahmi bin Salleh Hilmi serta Pengurus Zakat Cawangan Pendang, Ustaz Khadri bin Shaari hadir bagi menjayakan HBP berkenaan.

Zakat Kedah sentiasa memudahkan orang ramai untuk mengakses maklumat dan berita-berita yang sahih dan tepat daripada LZNK sendiri supaya tiada kekeliruan atau dapatan maklumat yang bercanggah.

Turut hadir dalam HBP ialah agensi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Kemajuan Muda (MADA), MARA, FAMA, PJabatan Pertanian dan banyak lagi serta pameran Piala Malaysia yang telah dimenangi oleh skuad bola sepak negeri Kedah baru -baru ini.

 

news_kbergerak2