14 JANUARI 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru-baru ini telah mengadakan satu lawatan mahabbah ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang diketui Oleh Sahibus Samahah Dato’ Syeikh Fadhil Awang, Mufti Negeri Kedah.

Lawatan tersebut telah disambut mesra oleh Dato’ Dr. Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Perseketuan serta beberapa orang kakitangan dari pejabat beliau.

Antara tujuan lawatan tersebut dilakukan adalah untuk usaha menjalinkan kerjasama antara Pondok Moden Zakat Kedah dengan Pondok Moden Al-Baqirah di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Apa yang diharapkan dengan lawatan tersebut semoga hasrat dan impian (LZNK) untuk  menubuhkan sebuah Institusi Pendidikan Turath di Negeri Kedah (Pondok Moden Zakat Kedah) diberkati dan dipermudahkan oleh Allah.

Hadir sama dalam lawatan tersebut adalah Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah (TYDP Majlis Agama Islam Kedah/ Mantan Mufti Kedah), Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Ustaz Nasrun Dato’ Mohd Sheriff (Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud), Ustaz Zaki Hussin, Ketua Bahagian Pendidikan Islam (JPN) Kedah, Ustaz Shafie Ismail, Ketua Pengurusan Akademik (LMM).