07 JANUARI 2018 – Hari ini telah berlangsung satu majlis penyerahan agihan balik zakat berjumlah RM 3,377,108.40 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Penyerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh, Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), Datin Paduka Dato’ Hajah Azuyah Hassan bertempat di Dewan Al-Farabi (BTPN) Alor Setar Kedah.

Dalam pada itu, Syeikh Zakaria Othman berkata, kepada semua agensi dan syarikat yang menunaikan zakat perlulah membuat pengiraan zakat mengikut taksiran yang tepat, selain itu mereka juga berpeluang mendapat agihan balik untuk diagihkan kepada mereka dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Hadir sama pada majlis tersebut, timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK) serta kakitangan dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN)