29 JANUARI 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah baru-baru ini telah mengadakan satu majlis penyerahan replika cek biasiswa pelajar asnaf cemerlang bertempat di Sekolah Menengah Agama Baqiyatissolihat Langkawi Kedah.

Seramai 12 orang pelajar meliputi 5 buah Sekolah Agama di seluruh negeri Kedah telah terpilih bagi menerima Bantuan Biasiswa daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Terdahulu, Ketua Jabatan Agihan (LZNK) Ustaz Hamidi Mohd Nor, telah menyerahkan replika cek tersebut yang berjumlah 43,200.00 kepada, Ustaz Yusof Haji Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Baqiyatissolihat disaksikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah tersebut.

Menurut Ustaz Hamidi, setiap pelajar yang terpilih akan menerima biasiswa tersebut sebanyak 300.00 setiap bulan bagi menampung kos yuran dan sara hidup para pelajar yang kurang berkemampuan.

Menurutnya lagi, pemilihan pelajar untuk melayakkan mereka merima biasiswa tersebut adalah terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam pelajaran dan tergolong dalam kalangan asnaf.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pegawai Zakat Daerah Langkawi (PZDL) Ustaz Yusof dan kakitangan Lembaga Zakat Negeri Kedah serta Langkawi.