BANDAR BAHARU, 07 OGOS 2018 – Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif bersama Penolong Pegawainya berkesempatan mengadakan satu kunjungan mesra ke Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu hari ini.

Kunjungan ini merupakan lawatan kerja untuk tujuan mengeratkan hubungan antara ketua-ketua Jabatan di daerah ini. Selain itu, dalam lawatan ini juga kedua-dua pihak dapat saling bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman masing-masing berkenaan program-program komuniti yang bakal dijalankan, sekaligus dapat menjalin kerjasama antara kedua belah pihak.

Dalam pada itu, Haji Md Sharif berkata, Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu kini dalam kerangka untuk mangadakan Majlis Penyerahan Bantuan Zakat sekaligus berhasrat untuk mendapatkan khidmat pihak Pejabat Penerangan bagi melancarkan program tersebut.

Hal demikian kerana, jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan penerima bantuan serta pihak yang terlibat secara langsung akan turut sama dalam menjalinkan hubungan kerjasama yang erat dan keperihatinan dalam membantu Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mencapai objektif dan peranannya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf