PENDANG, 07 OGOS 2018 – Bahagian Operasi Jabatan Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bersama Pejabat Zakat Daerah Pendang berkesempatan turun padang menziarahi adik Mohammad Azri Ammar yang menerima Bantuan Rawatan Sekaligus (alatan) berupa Katil hospital dan Kerusi Roda.

Beliau yang merupakan pelajar Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd telah telibat dalam kemalangan pada bulan Mei lalu.

Menurut ibunya, Salbiah Mohammad Isa, anaknya Mohammad Azri Ammar disahkan oleh pihak hospital mengalami “traumatic SCI C4 AIS A, Complete tetraplegia” yang menyebabkan anaknya kini lemah ke empat-empat anggota dan terpaksa bergantung kepada penjaganya untuk aktiviti seharian.

Sehingga kini mereka perlu berulang alik dari rumah ke hospital untuk menerima rawatan pemulihan.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Pendang, Ustaz Nasri Ab Ghani menyerahkan Bantuan Rawatan Sekaligus (alatan) kepada adik Mohammad Azri Ammar sambil disaksikan oleh wakil  Bahagian Operasi Agihan.

Dalam pada itu, Salbiah turut mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan yang disalurkan oleh LZNK kepada anaknya. Menurutnya, dengan adanya katil dan kerusi roda ini masalah “poor trunal balance” yang dihadapinya sebelum ini dapat diatasi dengan segera.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf