KULIM, 14 OGOS 2018 – Jabatan Agihan, Lembaga Zakat Negeri Kedah baru-baru ini telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Kerja Sosial Hospital Kulim, Kedah.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan beberapa perkara berbangkit dan permasalahan mengenai permohonan bantuan oleh pesakit asnaf di Hospital tersebut.

Melalui hasil perbincangan yang dilakukan ini sekaligus ia dapat memperolehi beberapa solusi, jalan penyelesaian dan maklumat tentang persoalan yang sering kali dibangkitkan.

Menurut Mohd Khairi Ishak,” Pejabat Zakat Daerah Kulim sering menerima permohonan bantuan rawatan yang melibatkan kos alatan pembedahan seperti pemasangan besi dan sebagainya. Namun, ada juga permohonan untuk menampung kos pembedahan jantung yang menelan belanja hampir RM 20,000.00 dan untuk menampung pembelian peralatan sokongan diri seperti kerusi roda, tongkat dan katil pesakit”.

Dalam pada itu, wakil Jabatan Agihan berkata, hubungan kerjasama antara LZNK dan Hospital Kulim perlu di teruskan demi melancarkan proses permohonan bantuan rawatan untuk para pesakit dalam kategori asnaf yang menerima rawatan di Hospital Kulim.

Turut hadir sama, Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ketua Bahagian Operasi Agihan, Penolong Pengarah, Penyelia Hospital dan Pegawai Jabatan Kerja Sosial, Hospital Kulim

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf