17 Mac 2017 – Mesyuarat Sekretariat Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (SPZN) yang telah diadakan bertempat di The Regency Hill Resort, Gurun berlangsung dengan jayanya.

Pengerusi SPZN yang juga merangkap Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berkata, mesyuarat ini merupakan satu agenda terpenting dalam menyelaraskan jawapan dan isu-isu yang berbangkit saban tahun.

…insya Allah, agenda utama mesyuarat ini diadakan ialah untuk mencari jawapan penyelarasan kepada segala isu berkaitan kutipan dan agihan zakat.

Mesyuarat yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu melibatkan semua Agensi Mengurus Zakat (AMZ), Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Terdahulu, SPZN kali ke-21 telah diadakan bertempat di negeri Terengganu.