SIK, 23 APRIL 2019 – Pejabat Zakat Daerah Sik berkesempatan mengadakan majlis bancian semula penerima bantuan bulanan zakat dari Qariah Hujung Bandar, Charuk Tok Uban dan Batu 8 bertempat di Masjid Hujung Bandar yang turut dihadiri seramai 125 penerima bantuan bulanan.

Dalam majlis tersebut mereka turut diberikan  penerangan jelas mengenai kaedah bancian ini daripada kakitangan PZD Sik serta penolong amil yang terlibat.

Program yang diadakan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan tiga hala antara PZD Sik, asnaf penerima bantuan dan pihak masjid.

Selain itu dalam majlis yang sama, pihak masjid Hujung Bandar turut mengadakan kenduri rakyat untuk semua para asnaf dan keluarga yang hadir.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”