JERANTUT, 11 JANUARI 2021 : Pagi ini misi perjalanan bantuan banjir LZNK ke Negeri Pahang diteruskan ke Jerantut Pahang bagi tujuan mengagihkan bantuan makanan sebanyak 1 treler 6,000 kampit beras bersamaan 30 tan serta 60 karton kicap dan sos di Pusat Simpanan Jerantut (Sek Tunas Bakti Jerantut). Turut hadir sama semasa penyerahan bantuan tersebut Exco Kerajaan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Haji Nazri Ngah, Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris dan Timbalan CEO Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Encik Khairuddin. Sejurus selesai penyerahan bantuan tersebut sekaligus diiringi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Agama Daerah Jerantut. Proses memunggah bantuan pada pagi ini juga turut mendapat kerjasama daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga para pelajar daripada Sekolah Tunas Bakti Jerantut. Sebagai Makluman
Baca Selanjutnya-
-
ALOR SETAR, 10 JANUARI 2021 : Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyalurkan bantuan makanan bernilai RM241,000 bagi membantu 26,591 mangsa banjir di Pahang. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman, berkata bantuan menerusi Projek Asnaf Care itu adalah sebahagian inisiatif LZNK bagi membantu meringankan beban kerajaan negeri Pahang dan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam menangani musibah banjir. Katanya, kesemua peruntukkan yang digunakan adalah di bawah Asnaf Amil dan tidak membabitkan peruntukkan asnaf lain. "Menurut laporan terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga semalam sebanyak sembilan daerah di Pahang mengalami banjir mengakibatkan 286 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 26,591 mangsa daripada 7,245 keluarga. "Jadi bantuan ini adalah untuk menunjukkan solidariti LZNK dalam menjalankan misi kemanusiaan membantu saudara yang terjejas akibat banjir di sana dengan lebih meluas," katanya. SUK
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 27 DISEMBER 2020 - Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah dan DYTM Raja Muda Kedah telah perkenan untuk berangkat ke Majlis Kurniaan Sumbangan di Istana Anak Bukit di sini, hari ini. Majlis kurniaan sumbangan ini adalah yang pertama kali diadakan dengan mengurniakan Televisyen Pintar (Smart TV), Komputer Riba dan Saluran Astro (Rancangan TVIQ dan TUTOR TV) agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih menarik, interaktif serta selari dengan perkembangan semasa. Pada majlis tersebut, Baginda telah mengurniakan 9 set keperluan belajar berupa ‘Smart TV’, Komputer Riba dan Saluran Astro manakala DYTM Raja Muda Kedah mengurniakan beg dan pakaian sekolah kepada sembilan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Negeri Kedah untuk disampaikan kepada sekolah dan pelajar yang memerlukan. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ahmad Shukri Shafie berkata, saya menjunjung
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 08 DISEMBER 2020 - Antara asbab kejayaan pembebasan Baitul Maqdis dari cengkaman tentera salib adalah perancangan jangka masa panjang yg disusun sejak zaman Sultan Imaduddin Az-Zanki, lalu disambung oleh anakandanya Sultan Nuruddin Az-Zanki dan akhirnya kejayaan tersebut dapat dikecapi di zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Ini bermaksud sesebuah kejayaan yg luar biasa bermula dgn perancangan dan strategi yg telah diatur sejak sekian lama. Alhamdulillah sebentar tadi (8 Disember 2020) telah berlangsung Majlis Pelancaran Pelan Strategik LZNK 2021-2025 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Paduka Ammar bin Dato Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah. Pelan strategik ini adalah hasil garapan idea dan kerjasama antara pihak LZNK bersama pasukan pakar penyelidik dari UUM melalui geran perundingan Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ)
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 08 DISEMBER 2020 - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menjangkakan kutipan zakat di negeri tersebut akan menurun pada tahun 2021 kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan banyak pihak. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, kutipan zakat dalam beberapa sektor dijangka terjejas antaranya berkaitan dengan zakat perniagaan. Menurutnya, kutipan pada tahun ini masih belum nampak kesannya kerana bayaran zakat hanya dilakukan setelah cukup haul untuk tempoh setahun. "Tetapi pada tahun depan, kita memang akan menjangkakan penurunan kutipan bayaran zakat. "Mungkin kesannya tidak begitu ketara untuk zakat pendapatan. Bagi zakat perniagaan dan lain-lain, memang kita jangkakan pengurangan. Sama ada kesannya besar atau tidak, itu belum dapat pastikan lagi," katanya selepas Pelancaran Pelan Strategik Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) 2021-2025 dan Penyerahan Pengiktirafan ISO di Menara Zakat,
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 03 DISEMBER 2020 - Semua barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah membuat potongan zakat pendapatan secara terus kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman, potongan zakat pendapatan ini merupakan hasrat dan titah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. "Titah ini adalah untuk memastikan semua penjawat awam (mereka yang berpendapatan) sama ada dari bentuk industri dan sebagainya yang menghasilkan pendapatan yang boleh dikira hasil zakat, Tuanku menitahkan supaya dibuat semakan dan dikenakan zakat pendapatan mengikut tafsiran zakat semasa,"ujar beliau. Menurut beliau, semua Exco Kerajaan Negeri telah menyahut titah tersebut dan telah menyerahkan borang zakat pendapatan yang diketuai oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman,
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 02 DISEMBER 2020 - Penjawat Awam Negeri diwajibkan membuat pembayaran zakat pendapatan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui potong gaji masing-masing. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata selari dengan titah Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah pada 4 Februari 2020 lalu, Baginda berharap agar kakitangan agensi kerajaan, GLC dan swasta dapat membayar zakat pendapatan masing-masing melalui potongan gaji bulanan. “Baginda turut melakukan hal berkenaan dengan pemotongan elaun bulanan Baginda secara bulanan bermula 18 Mei 2020 lagi untuk dijadikan contoh kepada rakyat negeri ini agar menunaikan salah satu Rukun Islam tersebut. “Saya dan juga barisan EXCO Negeri Kedah turut melakukan pemotongan gaji dengan membayar zakat pendapatan sebentar tadi melalui LZNK. “Sehingga hari ini, potongan gaji zakat pendapatan bagi kakitangan Kerajaan Negeri kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 19 NOVEMBER 2020 - Kedah menyasarkan kutipan zakat mencecah RM220 juta tahun depan berdasarkan kutipan semasa yang memberangsangkan selain didokong sistem pengurusan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang diperakui dunia. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, LZNK mengorak langkah apabila Kedah menjadi pusat rujukan zakat dunia di mana beberapa buah negara seperti Thailand, Nigeria, Uganda, Ghana, dan Indonesia mengikuti program Kedah International Zakat Academy (KEIZA). Menurutnya, melalui pusat kecemerlangan zakat bertaraf dunia ini, pihaknya berharap dapat menarik pihak luar termasuk pelaburan ke Kedah. “Kedah bukan negeri yang kaya, pengurusan dan sistem kutipan dan agihan zakat Kedah antara yang terbaik, kita banyak padi yang perlu dibayar zakat yang mendatangkan banyak kutipan hasil selain zakat pendapatan. "Melalui pusat kecemerlangan zakat bertaraf dunia KEIZA, diharap dapat menarik pihak
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 18 NOVEMBER 2020 - Usaha Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) tidak lagi dipandang sepi oleh Kerajaan Negeri Kedah. Ianya perlu diakui sebagai salah satu sektor penting dalam operasi pengurusan negeri yang perlu diperkasakan. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 yang lalu di negara Malaysia, LZNK juga telah membelanjakan sebanyak lebih RM12.87 juta peruntukan kecemasan khas zakat ke dalam sektor-sektor seperti kesihatan, makanan, pendidikan, frontliner, sukarelawan dan usahawan serta penjaja kecil di seluruh negeri Kedah. Bercakap dalam sidang media selepas Sesi Penggulungan Bajet 2021 di Dewan Undangan Negeri(DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata LZNK telah menyumbang hampir 30.5 peratus kepada dasar fiskal daripada keseluruhan hasil negeri Kedah dan hasil zakat
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 29 SEPTEMBER 2020 - Sumbangan zakat kepada penduduk Flat Tongkang Yard, Seberang Perak, di sini dapat meringankan beban penghuni flat berkenaan yang terpaksa berdepan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar sehingga 7 Oktober depan. Mufti Kedah, Dato' Paduka Syeikh Fadhzil Haji Awang berkata, Lembaga Zakat Negeri Kedah juga prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk terbabit. "Kita mohon mereka tenang dan sabar dengan ujian berkenaan selain mengingatkan bahawa masyarakat sentiasa bersama," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Ayam Segar kepada penduduk terjejas di luar pekarangan flat tersebut di sini hari ini Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Setar, Dato' Asri Redha dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Azmi Karim. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Negeri Kedah, Zakaria Othman berkata, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM15,000 untuk
Baca Selanjutnya