BANDAR BAHARU, 21 MEI 2019 – Baru-baru ini telah berlangsungnya satu Majlis penyerahan tauliah amil fitrah bagi tahun 1440H peringkat daerah Bandar Baharu Bertempat di Serdang Lake View, Kedah.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah menghimpunkan seramai 34 orang Ketua Amil dan Penolong Ketua Amil mewakili amil-amil bagi setiap Qaryah di daerah Bandar Baharu.

Hadir sama Ketua Bahagian Dakwah dan Penyelidikan LZNK, Ustaz Abd Hadi Adbul Majid, serta beberapa kakitangan wakil daripada Jabatan Pengurusan Zakat Harta dan Jabatan Kewangan LZNK.

Dalam pada itu, Haji Md Sharif Md Isa dalam ucapannya turut menjelaskan dengan lanjut mengenai Peranan Tanggungjawab dan tugas-tugas sebagai seorang Amil dan disusuli dengan taklimat mengenai pengurusan zakat fitrah oleh kakitangan jemputan.

Program yang berlangsung hampir 2 jam itu diakhiri dengan penyerahan Tauliah Amil serta kupon Zakat Fitrah oleh Ustaz Abdul Hadi.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”