ALOR SETAR, 30 OGOS 2022 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerima zakat perniagaan daripada 8 buah Kumpulan Syarikat-Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berjumlah RM 1,690,812.60 yang diserahkan dalam satu Majlis Menandatangani Perjanjian Pelantikan Ejen Kutipan Zakat serta serahan Zakat Perniagaan PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK di The Jerai Hotel Alor Setar.

Zakat Perniagaan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Haji Syed Yussof Syed Othman dengan disaksikan oleh Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PKNK, Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Kedah, Datuk Syeikh Zakaria Othman.

Antara syarikat yang mendahului penyerahan zakat perniagaan ini Kedah Medical Centre Sdn.Bhd (KMC) berjumlah RM700,000.00, diikuti Kulim Technology Park Corporation Sdn.Bhd (KTPC) sebanyak RM 500,000.00, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) sebanyak RM 449,693.00 dan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan (KLPK) Kedah Sdn.Bhd berjumlah RM 20,000.00.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Darulaman Aset Sdn. Bhd yang mengeluarkan zakat sebanyak RM 6,119.60, KSDC Insurance Brokers Sdn. Bhd berjumlah RM 5,000.00, PKNK Hotels Sdn. Bhd sebanyak RM 5,000.00,  dan Kynetics Land Sdn. Bhd berjumlah RM 5,000.00.

Selain itu, Datuk Haji Syed Yussof turut menyerahkan zakat perniagaan oleh PKNK dengan jumlah RM 300,000.00 kepada Datuk Haji Norizan dan mengakhiri serahan tersebut Menteri Besar, Datuk Seri Haji Sanusi menyerahkan zakat perniagaan keseluruhan bagi kumpulan anak syarikat dan PKNK dengan jumlah keseluruhan RM 1,990,812.60.

Manakala dalam majlis yang sama juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Datuk Haji Norizan Khazali turut menyerahkan sijil penghargaan muzakki kepada 8 buah syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, syarikat yang membayar zakat perniagaan akan dapat membina hubungan serta kepercayaan pengguna untuk terus setia dengan mereka.

“PKNK adalah peneraju kepada anak syarikat di Kedah, saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan PKNK atas usaha memusatkan kiraan zakat pendapatan, perniagaan kakitangan anak syarikat di bawah satu payung perbadanan ini”.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”