15 Januari 2017 – Mat Isa Hamid, 78, yang tinggal bersama isterinya, Mek Sa bt Mat Diah, 71, terus mendapat perhatian daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui LZNK Cawangan Padang Terap.

Kakitangan LZNK Cawangan Padang Terap, Mohd Fuad Ahmad ke lokasi bersama Pegawai Jab. Komunikasi Korporat Zakat Kedah, Ahmad Hambali Mohd Puat mendapati keluarga ini tinggal di tanah permintaan (belum mendapat geran) sejak 40 tahun dahulu.

…dulu tok wan kerja kontrak..buat rumah, bangunan. La (sekarang) dah tak larat. Tok wan ada penat (asthma). Makan minum guna duit (hasil) menoreh getah.

Bagaimanapun, permohonan anak beliau (Robiah Mat Isa) yang tinggal berdekatan telah diluluskan oleh LZNK iaitu bantuan baik-pulih rumah.

…bantuan baik-pulih rumah telah diberikan kepada rumah anak beliau dan bagi keluarga ini, LZNK akan menyalurkan bantuan yang bersesuaian memandangkan masih terdapat anak-anak lelaki yang berusia antara 2-an-30an.

Kedatangan LZNK tersebut turut menyaksikan pemberian bantuan harian berupa teh, milo, gula, kopi dan sebagainya.

 

news_kola-nerang2