12 Januari 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZN) hari ini bergegas ke kediaman Rodiah Ibrahim setelah kisah keperitan hidup beliau sampai ke pengetahuan LZNK.

Pengurus LZNK cawangan Kuala Muda, Md Shariff Md Isa bersama Pegawai Korporat LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat yang tiba di kediaman berkenaan mendapati rumah yang diduduki mereka sekarang ini merupakan rumah arwah ayahnya.

…rumah ni (ini) peninggalan arwah ayah. Adik-beradik lain ada yang berbunyi (bersuara) supaya kami keluar dari rumah ini tapi mana kami nak duduk. Terpaksalah kami pekakkan telinga.

 

Siasatan mendapati, anak beliau, Nur Amirah Ishak, 28, telah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata, namun malangnya, suaminya telah menghilangkan diri hampir setahun lalu.

…sekarang ni (ini) saya hanya bekerja menjual sayur-sayuran dengan pendapatan sejam RM4 dengan pendapatan maximum RM16 sehari. Memang duit tak cukup namun ibu saya (Rodiah) sentiasa membantu.

Turut berada di rumah tersebut adalah adik kepada Amirah, Mohammad Syamil Ishak, 26.

…Zakat Kedah telah hadir ke rumah ini dan memberikan bantuan pakaian seragam sekolah dan bantuan makanan. Zakat Kedah akan menyalurkan bantuan berupa makanan bulanan kepada keluarga ini dengan kadar segera disebabkan bekalan makanan kerap terputus untuk keluarga ini.

Semoga dengan pemberian bantuan ini, sedikit sebanyak meringankan beban keluarga ini. Terima kasih kepada pembayar zakat yang menunaikan zakat kepada LZNK.

news_kmuda1