5 Februari 2017 – Kemalangan yang menimpa Zaiton Aziz, 47,  pada 22 Januari 2017 lalu benar-benar telah mengubah kehidupan mereka sekeluarga.

Suaminya, Abdullah Khamis, 57, yang hanya meraih pendapatan dengan mengambil penumpang (teksi) berkata, kejadian itu memberi kesan besar terhadap keluarga beliau.

…isteri saya (Zaiton) kemalangan sewaktu menghantar nasi lemak yang dibuatnya untuk diletakkan di gerai-gerai kawasan berdekatan pada awal pagi.

Tinjauan pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut mendapati mangsa mampu menyiapkan sebanyak 300 bungkus nasi lemak sehari.

Zaiton kini hilang daya ingatan serta patah tulang bahu serta cedera pada mata sebelah kanan akibat kemalangan tersebut.

…Alhamdulillah, isteri saya dah (sudah) boleh buka mata, tu (itu) pun sebelah kiri saja dan beliau sudah boleh mula bercakap. Cumanya dia masih tidak ingat (nama) kami semua.

Pegawai LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat daripada Jabatan Komunikasi Korporat serta LZNK Cawangan Kota Setar, Hamzani Haron@Ahmad berkunjung ke kediaman mereka di Kampung Simpang Empat, Mukim Gunong.

…Kita (LZNK) akan menyalurkan bantuan sekaligus sebagai bantuan permulaan dan kita tidak menafikan akan pemberian bantuan yang lain dari semasa ke semasa.