2 Februari 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui LZNK Cawangan Langkawi hari ini mengagihkan bantuan berjumlah RM312,800 kepada asnaf di seluruh daerah Langkawi.

Majlis yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob selaku Ketua Pegawai Eksekutif LZNK itu melibatkan seramai 723 orang penerima.

…untuk bantuan Guru Agama Kampung, seramai 223 orang menerima bantuan ini yang menelan belanja sebanyak 112,800.00 manakala bagi bantuan Awal Persekolahan peringkat awal ini, seramai 500 orang menerima bantuan ini yang membawa jumlah RM200,000.00. Semoga bantuan ini meringankan beban mereka sekeluarga.

Semoga usaha dan keringat yang dicurahkan oleh guru-guru agama ini dalam usaha berdakwah kepada masyarakat terus mendapat keberkatan Illahi hendakNya.

news_lgkawi news_lgkawi2