19 Jun 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini mengadakan Program Asnaf Di Hati dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Media yang diadakan bertempat di dewan Insaniah, Mergong.

Seramai 40 orang ahli keluarga terpilih untuk menerima pakaian baju raya yang dijahit sepenuhnya oleh Pusat Kemahiran Jahitan Zakat Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Tuan Haji Zakaria Othman yang merasmikan program berkenaan berkenaan turut melahirkan rasa penghargaan kepada penerima pakaian raya ini.

…Alhamdulillah, pakaian raya ini ditaja oleh Gedung membeli-belah JAKEL dan dijahit sepenuhnya oleh pekerja di Pusat Kemahiran Jahitan kami.

Terdahulu, pihak LZNK telah membuat bancian dalam menyenarai pendekkan penerima-penerima dengan mengutamakan tanggungan yang ramai.

Dalam majlis yang sama, Koperasi Pegawai-Pegawai Agama dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) turut hadir bagi menyerahkan zakat perniagaan mereka bagi tahun kewangan berakhir 2016.

…majlis ini ibarat 3 dalam 1 iaitu kita meraikan asnaf dengan pemberian pakaian raya baru, meraikan media yang banyak membantu dalam hebahan aktiviti kita dan juga penyerahan zakat perniagaan oleh 2 agensi besar.

Turut hadir bersama ialah wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu KINDNESS Malaysia, Puan Nurul Huda dan FAIDH Jewellery, Puan Siti Hamidah Abdul Hamid serta rakan-rakan media.

Pada majlis tersebut, Tuan Haji Zakaria turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada anak-anak asnaf yang hadir.