16 Jun 2017 – Program anjuran Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd. dengan Yayasan Johawaki mendapat kerjasama daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) apabila program berkenaan yang diberi nama Program Shopping Raya turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Mohd Sani Harun dan beberapa kakitangan daripada LZNK.

Seramai 18 buah keluarga disantuni dengan 40 orang anak-anak yatim miskin dijemput untuk bersama-sama memeriahkan program berkenaan.

Pengarah program Belati Wangsa, Helmi berkata, senarai nama anak-anak ini diberikan oleh Zakat Kedah dan pada hari ini, kita adakan program ini untuk meraikan mereka bertempat di Kompleks Membeli-Belah Alor Star.

…setiap daripada anak-anak ini akan diberikan kebebasan untuk memilih sendiri pakaian raya mereka dengan limit yang kita sudah hadkan sebagai satu bentuk bantuan sempena kedatangan Syawal yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Mohd Sani turut mengulas LZNK menyediakan bantuan beras 5kg sekampit bagi setiap keluarga yang terlibat sebagai persediaan menghadapi musim perayaan.

…kesemua yang hadir ini merupakan penerima bantuan  persekolahan bulanan LZNK dan sebagai tanda kami perihatin terhadap mereka, ini lah yang kami lakukan.

Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua.