23 Januari 2017 – Bantuan Guru Agama Umumi dan Kampung diberikan bermula hari ini oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui cawangan Kubang Pasu.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob yang merasmikan majlis bantuan itu ketika ditemui berkata, bantuan ini sekaligus menaikkan semangat guru-guru agama di seluruh negeri Kedah ini.

…kita (LZNK) yakin dengan bantuan ini, guru-guru agama umumi mahupun kampung akan lebih terjaga kebajikan mereka. Ini (duit) zakat kita bagi untuk depa (mereka) sebagai pembakar semangat dalam terus beristiqamah mengajar orang ramai.

Bantuan ini menyaksikan seramai 568 orang penerima menerima bantuan ini yang membawa jumlah keseluruhan bernilai RM351,600.00 daripada LZNK.

Majlis penyerahan cek bantuan ini diadakan di Masjid Al-A’ala, Jitra bermula jam 9 pagi.

…Alhamdulillah, kita (LZNK) terus berterima kasih kepada pembayar zakat yang membayar kepada kita dan inilah agihan kepada mereka yang memerlukan.

 

 

news_g-a_2 news_g-a_3