25 Januari 2017 – Kemalangan yang menimpa Tok Siak Masjid Bukit Nambua, Abdul Kadir bin Awang Kechik, 61, baru-baru ini mengakibatkan beliau hilang keupayaan diri sekaligus hanya mampu terlantar sakit di rumah beliau.

Isterinya, Siti Fatimah Che Mat, 50, berkata, mereka sekeluarga hilang punca pendapatan setelah suaminya ditimpa kemalangan sebaik keluar daripada pintu masjid.

…segala makan (dan) minum kami hanya bergantung kepada elaun suami yang bertugas sebagai siak masjid.

Ibu kepada Siti Fatimah, Sori @ Mek Chik, 89, turut mendiami rumah berkenaan bersama dua lagi anak beliau.

Kehadiran pegawai Jabatan Komunikasi Korporat daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Ahmad Hambali Mohd Puat bersama kakitangan LZNK Cawangan Padang Terap, Ustaz Khairul Amre Ahmad memberikan khabar gembira apabila bantuan daripada LZNK akan diberikan kepada keluarga ini.

…kita (LZNK) akan menyalurkan bantuan Miskin Bulanan kepada keluarga ini dan besar harapan kami agar ianya dapat membantu meringankan beban keluarga ini.

Terima kasih kepada pembayar zakat yang terus beristiqamah dengan LZNK.

 

news_nambua1 news_nambua2 news_nambua3